Monday 15 July 2013

SK KULAI 1 JOHAN PIDATO DAERAH KULAIJAYA 2013

Sekali lagi kejayaan buat wakil SK Kulai 1, Mohd Adli Abd Kahar yang menjadi johan bagi pertandingan Pidato Peringkat Daerah Kulaijaya 2013. Beliau telah membawa tajuk pidato "BERJIMAT CERMAT AMALAN MULIA" dan berjaya mengalahkan seluruh sekolah di daerah Kulaijaya dan sekaligus menjadi wakil daerah ke peringkat negeri. Semoga kejayaan akan menjadi milik SK KULAI 1 bagi pertandingan di peringkat negeri. Insyallah.

SK KULAI 1 TEMPAT KETIGA JOHOR JUNIOR CHEF CHALLANGE 2013

Tahniah diucapkan kepada wakil SK KULAI 1, Siti Nurfarahain ,Mohd Salim, Nur Farah Izzah bte Kamarul Zaman, dan Nur Amalia Amani bte Mohd Ruzailani dari Tahun 5 Pintar yang telah berjaya mendapat tempat ketiga di dalam Pertandingan JOHOR JUNIOR CHEF CHALLANGE 2013. Pertandingan ini telah disertai oleh sekolah-sekolah sekitar Johor dan SK KULAI 1 merupakan wakil tunggal daerah Kulaijaya. Di Peringkat saringan SK KULAI 1 menduduki tangga teratas dengan hidangan sarapan pagi barat iaitu Stuffed Meat Tomato & Sandwich Steak. Walaubagaimanapun wakil SK Kulai 1 hanya berjaya menduduki tempat ketiga di peringkat akhir dengan hidangan Sausage Roll, Italian Omellete, dan Sandwich Steak. Walaupun sekadar di tempat yang ketiga tetapi pencapaian ini merupakan suatu pencapaian yang tinggi SK KULAI 1. Semoga kejayaan menjadi milik SK KULAI 1 pada masa akan datang, Insyallah.

PROGRAM KESIHATAN GIGI DI SK KULAI 1 2013

KESIHATAN GIGI DI SEKOLAH KONSEP & MATLAMAT · Diperkenalkan pada tahun 1985. · Bertujuan utk memastikan murid-murid sekolah mempunyai kesihatan mulut yang baik apabila mereka tamat zaman persekolahan. · Jururawat pergigian bertanggungjawab memeriksa dan merawat murid-murid tersebut di bawah penyeliaan dan pengawasan doktor pergigian. · 3 cara bagaimana perkhidmatan ini dilaksanakan: a) Klinik pergigian sekolah b) Pasukan pergigian bergerak c) Klinik pergigian bergerak

Wednesday 2 January 2013

SEKITAR PROGRAM TRANSISI TAHUN 1, 2013

Program Transisi dan Guru Penyayang bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan di dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal di tadika ke pendidikan formal di Tahun Satu sekolah rendah. Dijalankan selama 2 minggu bertujuan untuk membina hubungan mesra di kalangan murid disamping memperkenalkan mereka kepada persekitaran dan budaya sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut: •Aktiviti dinamika kumpulan •Pengukuhan sosialisasi •Pergerakan motor halus •Motivasi diri •Belajar melalui bermain •Belajar sambil meneroka •Pemupukan nilai murni •Pemupukan daya kreativiti

PENDAFTARAN MURID TAHUN 1, 2013

Tahun Baru 2013 telah menjelang. SK Kulai 1 menerima lebih daripada 70 orang murid Tahun 1 yang mula mendaftar pada 31 Disember 2012. Semoga dengan kehadiran murid-murid Tahun 1 ini akan membantu dalam meningkatkan prestasi sekolah ke arah yang lebih cemerlang Insyallah.

Monday 29 October 2012

Sejarah dan Latar Belakang Sekolah Kebangsaan Kulai 1

Sejarah Sekolah Kebangsaan Kulai 1 pada tahun 1953. Pada masa tersebut, sekolah ini dikenali dengan nama English Primary School Kulai (Private) atau Sekolah Rendah Inggeris Kulai. Sekolah ini merupakan sekolah rendah Inggeris pertama di Bandar Kulai. Murid-murid yang belajar di sekolah ini merupakan anak-anak penduduk dari sekitar Kulai. Sebelum ini kanak-kanak yang ingin bersekolah aliran Inggeris terpaksa belajar di Johor Bahru (32km dari Kulai). Pada awal penubuhannya, sekolah ini menampung di bangunan Keng Chew, Jalan Kulai-Kota Tinggi. Sekolah ini mempunyai 40 orang murid dengan seorang tenaga pengajar. Sekolah ini diasaskan oleh Cik Agnes L.Richards seorang mubaligh dari Gereja Presbyterian Malaysia (yang beralamat di No. 7, Jalan Sungai Buaya, Batu 3 ½ off Jalan Klang Lama, 51800, Kuala Lumpur). Pada tahun 1954, pihak Gereja Presbyterian telah dilantik sebagai Lembaga Pemegang Amanah untuk menubuhkan sebuah sekolah di atas sebidang tanah seluas 4 ekar 1 road dan 0.1 poll di Bukit Liki, Kulai. Pada tahun 1955, sebuah bangunan kekal 6 buah bilik darjah didirikan di Bukit Liki dengan modal RM10 000 sumbangan Kementerian Pelajaran. Selain pembelajaran sekolah rendah, sekolah ini juga menjalankan pembelajaran kelas-kelas persendirian. Pada tahun 1959, sebuah bangunan terdiri daripada 2 buah bilik darjah telah didirikan. Pada tahun 1961, sekolah ini telah mendapat status sekolah bantuan modal. Kelas-kelas persendirian ditamatkan dan Sekolah Menengah Inggeris Kulai ditubuhkan dengan pembukaan kelas peralihan. Situasi ini telah membawa kepada kemasukan beramai-ramai ke sekolah ini sehingga pihak sekolah terpaksa menumpangkan murid di sekolah lain. Tabung membina sekolah dilancarkan semula pada tahun 1962 untuk mengatasi masalah kekurangan bilik darjah ini. Pada tahun 1963, 2 blok bangunan mengandungi 6 bilik darjah telah didirikan dan kantin juga telah dibesarkan pada tahun berikutnya. Sekolah Menengah Inggeris yang menumpang di sekolah ini juga telah dipindahkan ke bangunan sendiri pada tahun 1965. Pentadbiran sekolah ini kemudiannya dipecahkan kepada dua pentadbiran iaitu Sekolah Inggeris Kulai 1 dan Sekolah Inggeris Kulai 2. Pada tahun 1970, dua orang guru besar telah ditempatkan di sekolah ini sebagai pentadbir, seorang bagi pihak Sekolah Inggeris Kulai 1 dan seorang lagi bagi pihak Sekolah Inggeris Kulai 2. Pada tahun 1973, sekali lagi sekolah ini ditukar nama kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Kulai 1 dan Sekolah Kebangsaan Kulai 2. Pada tahun 1980, sebuah surau telah dibina oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah. Pada tahun 1982, sebuah bilik sumber telah dibina oleh PIBG sekolah. Pad atahun 1983, dua bilik darjah telah didirikan dengan bantuan modal daripada kerajaan sebanyak RM14 000.00/ Pada tahun 1998, sekolah ini dengan rasminya bertukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Kulai 1/Sekolah Kebangsaan Kulai 2. Pada tahun ini juga dengan kerjasama PIBG Sekolah, bilik sumber telah diubahsuai menjadi bilik komputer. Pada tahun 2003, Sekolah Kebangsaan Kulai 2 telah bertukar ke premis baru di Taman Indahpura dan dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Indahpura 1. Pada Februari 009, sebuah blok bangunan di blok Kenanga yang merangkumi 5 buah kelas telah dirobohkan kerana bumbungnya telah runtuh. Kini Sekolah Kebangsaan Kulai 1 mempunyai 33 orang guru dan murid seramai 403 orang

Thursday 21 June 2012

Apa Itu Transformasi Kurikulum?

Kementerian Pelajaran telah memberi jaminan bahawa transformasi kurikulum bagi memantapkan sistem pendidikan negara adalah satu usaha yang berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Penambahbaikan yang dilakukan tidak lari daripada hasrat sistem pendidikan negara untuk menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis daripada sudut intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan. Transformasi berkenaan membabitkan perubahan dalam bentuk, kandungan penjadualan waktu dan penekanan kepada pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan. Transformasi ini juga memberi penekanan yang lebih kepada pentaksiran berasaskan sekolah, meningkatkan penglibatan murid dalam kokurikulum dan kegiatan luar bilik darjah. Pada masa yang sama, melalui transformasi kurikulum ini juga penghayatan nilai seperti perpaduan, menyayangi alam sekitar dan semangat patriotisme dapat diperkukuhkan lagi. Dengan cara itu, sifat dan peribadi kental di kalangan murid melalui isi kandungan dan cadangan pedagogi yang lebih efektif dapat diperkukuhkan. Bagi mencapai hasrat berkenaan, transformasi itu dilaksanakan dengan mengambil kira enam tunjang utama iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusian, fizikal dan estetika, literasi sains dan teknologi dan keterampilan diri bagi melahirkan insan holistik. Transformasi pendidikan mempunyai matlamat untuk membentuk seseorang murid menjadi modal insan yang seimbang dari segenap segi. Justeru, transformasi kurikulum ini menyediakan ruang dan peluang bagi memenuhi keperluan murid untuk membangunkan modal insan yang berpengatahuan serta berfikiran kreatif, kritis dan berinovatif.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
likes; ?>